Friday, May 10, 2024

Kualiti Produk di Finnmarket

 Assalamualaikum wbt. Izinkan saya memperkenalkan seni kraftangan yang telah membantu ramai surirumah dan ibu tunggal menjana pendapatan dari rumah dengan menghasilkan produk kraftangan secara 100% handmade atau DIY. Kumpulan kami (Finnmarket) terdiri daripada 20 orang artis kraftangan tempatan yang menghasilkan produk kraftangan moden yang comel dan berkualiti. Setiap produk yang dihantar oleh artis ke studio Finnmarket akan disemak kualitinya dan digred dari tier 1 hingga 6. Produk daripada tier 5 dan 6 akan dipulangkan kepada artis supaya pelanggan kami hanya mendapat produk kraftangan yang dijamin kualitinya (tier 1 hingga 4). 

Oleh kerana kami terdiri dalam kalangan artis, kami mementingkan seni dan jiwa di dalam setiap produk supaya pelanggan dapat menghargai hasil kerja keras dan kreativiti artisan. Setiap produk dihasilkan dengan teliti dan berintegriti. Ini juga bermaksud kami hasilkan produk sendiri dan tidak membeli stok sedia jual dari China. Oleh sebab itu, produk kami mempunyai kuantiti yang terhad di samping menjualnya secara sedia ada (readymade). Tetapi, kami juga menerima tempahan jika pelanggan mahu customize, cuma harganya lebih tinggi. 

Sesuatu produk kraftangan itu tidak bolehlah terlalu murah kerana nilai seninya. Jika ia terlalu murah, tiadalah bezanya dengan produk yang dikilangkan. Oleh itu, harga kami dijana menggunakan satu perisian yang dibina khas yang telah mengambil kira pelbagai faktor seperti tier kualiti, design, nilai seni, populariti, dan saiz. Ia juga menjana harga yang adil kepada artisan tetapi pada masa yang sama mampu milik untuk pelanggan. Produk-produk kami boleh dibeli secara online di Shopee (link disertakan) dan Finnmarket juga mengamalkan konsep bermurah hati dengan memberi pelbagai voucher di kedai Shopee. Selain itu, jualan secara fizikal juga sering memberi diskaun berkala. Ini bertujuan menggalakkan orang ramai untuk mengenali seni kraftangan, menghargai dan menyokong artisan-artisan yang bekerja dari rumah.

https://my.shp.ee/9hG9hcB

#KraftanganMalaysia #HandmadeCreations #SeniKraftangan










No comments:

Post a Comment